MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG

MOHD FEISAL BIN MOHD RAZA, Minta SMS alamat Penghantaran


Assalamualaikum,

Kepada En. MOHD FEISAL BIN MOHD RAZA has transferred RM50.00 to your Maybank account for Minyak Selusuh Mudah Bersalin on 10/03/12 13:16:54 via Maybank2u.com.

Saya tidak mempunyai maklumat alamat penghantaran kepada pihak tuan.

Sila SMS ke 019 2204935 atau emel ke bidankampung@gmail.com pada kadar segera supaya penghatanran boleh dibuat.

Wassalam

Adenan
Pemilik Produk Bidan Kampung

Minyak Selusuh Mudah Bersalin

MINYAK SELUSUH MUDAH BERSALIN
Harga: RM45.00
+ RM5.00 (Penghantaran Semenanjung)
+ RM8.00 (Penghantaran Sabah & Sarawak)


Herba Malaysia. Gabungan Ilmu Perubatan Tradisional 
dan Teknologi Moden. Warisan Ilmu Perbidanan 
Melayu Islam Turun Temurun.
Dihasilkan dari 100% Minyak Kelapa Dara Organik Suhu Tekanan Rendah

"SELUSUH" DARI SEGI BAHASA
kata nama
1. barang (spt air) yg dibacakan doa/zikir untuk menolong orang yg akan melahirkan;
-- anak selusuh untuk memudahkan kelahiran bayi
-- uri selusuh untuk memudahkan tembuni keluar

kata kerja
2. menggelincir; menggelongsor; melorot (dr pohon); menyelusur

PENJELASAN KEKELIRUAN BERKAITAN MINYAK SELUSUH

Petikan Artikel dari Majalah Pa & Ma Keluaran Mac 2009.
Air selusuh digunakan sebagai SUATU IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS. Asalkan tidak bercanggah dgn Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut. Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan : " Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 yang beriman." Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk mempermudah bersalin. Ingatlah bahawa ia hanyalah ikhtiar yang diharapkan dapat membantu proses kelahiran yang lancar dan selamat. Antara bahan yang boleh digunakan sebagai selusuh ialah air masak, minyak kelapa muda, minyak zaitun, minyak masak, kurma atau kismis.Anda dan suami digalakkan memperbanyakkan membaca doa Nabi Yunus dan doa ketika mengandung serta doa agar dijauhi gangguan syaitan.


KETERANGAN
Minyak Selusuh Bidan Kampung adalah sejenis produk yang diperbuat dari 100% Minyak Kelapa Dara Asli. Jika sebelum penemuan teknologi terkini, minyak masak biasanya digunakan untuk membuat minyak selusuh. Tetapi kebanyakan pengguna agak sukar untuk meminum minyak masak yang dijadikan selusuh. Kini dengan gabungan teknologi terkini, pihak kami menggabungkan kehebatan Minyak Kelapa Dara melalui proses sejuk yang langsung tidak menggunakan sebarang haba digabungkan dengan kemahiran seorang bidan pakar bersalin lalu menghasilkan Minyak Selusuh yang sangat berkesan untuk membantu memudahkan proses bersalin :-

  • Dihasilkan dari 100% Minyak Kelapa Dara Organik Suhu Tekanan Rendah
  • Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam Sejak Turun-Temurun
  • Dibacakan doa-doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh Pakar Bidan Bersalin
  • Gabungan Ilmu Perbidanan Tradisional dan Teknologi Moden
  • Pertama Seumpamanya di Malaysia

KELEBIHAN MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG
  • Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam sejak turun temurun yang sangat sukar ditemui pada hari ini. Kini telah berjaya digabungkan dengan teknologi terkini.
  • Dihasilkan oleh seorang Bidan Pakar Bersalin yang terkenal. Berpengalaman puluhan tahun membantu proses kelahiran bayi dalam 1001 macam situasi.
  • Diperbuat daripada minyak kelapa dara asli gred tinggi yang melalui proses pengeluaran yang ketat. Penggunaan minyak sebagai bahan membolehkan bayi bergerak lancar didalam rahim. Ia akan membantu ketika proses kelahiran.
  • Memberikan sumber permakanan yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam minyak kelapa dara.
KAEDAH PEMBUATAN
Kaedah pembuatan teliti dengan jaminan kualiti kekal pada tahap terbaik. Di proses pada suhu rendah dan tanpa penapis. Melalui satu ritual yang berdisiplin, dibacakan ke dalam minyak ini pelbagai doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh seorang bidan pakar bersalin. Kaedah pembuatan minyak selusuh dan air selusuh adalah berbeza. Melalui testimoni yang telah dibuat, minyak selusuh jauh lebih berkesan berbanding air selusuh.



CARA PENGGUNAAN
Selepas usia kandungan 8 1/2 bulan, lakukan perkara-perkara berikut:-
  • Digalakkan memohon ampun dan maaf daripada suami
  • Beristighfar 3 kali
  • Selawat ke atas Nabi SAW 3 kali
  • Baca Al-Fatihah dengan Basmalah
  • Minum 30ml minyak selusuh ini

InsyaAllah dengan izin Allah!

Kelebihan Minyak Kelapa Dara

Essential Fatty Acid Oil (EFA) Virgin Coconut oil ataupun dikenali sebagai Minyak Kelapa Dara ini diperolehi daripada buah kelapa muda matang yang terpilih dan dipetik sendiri daripada pokok kelapa demi menjaga struktur molekul atomnya daripada mengalami proses pemecahan atom. Dengan melalui proses-proses khas seperti proses salaian dan pengewapan ia tidak akan merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa dara yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut dan ini merupakan satu kekunci bagi ikatan kimia. Melalui teknologi Colour Vibration Therapy (CVT), EFA oil ini akan dimasukkan getaran gelombang bagi memberikan kesan serta keberkesanan produk yang maksimum.

Daripada sumber penyelidikan perubatan, minyak kelapa dara ini terdiri daripada beberapa jenis lemak (fatty acid) yang amat berguna dan berkesan terhadap pembentukan kesihatan manusia. Minyak kelapa dara terdiri daripada 92% asid lemak (medium chain fatty acid) yang merupakan diantara lemak tepu yang terbaik diantara lemak temu lain, khusus untuk kesihatan manusia. Lemak tepu ini mempunyai rantaian panjang fatty acid yang berpekatan tinggi dan mudah diserap ke dalam tubuh yang amat membantu kepada proses penghadaman dan perkumuhan.

Rantaian asid lemak yang dihantar terus ke hati ini akan diproses lalu membentuk kepada satu bentuk tenaga bagi tubuh badan manusia. Melalui kajian, asid lemak ini berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit dan membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh faktor mikrobial. Di samping itu juga ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan bertindak dalam penyerapan dan perkumuhan magnesium, kalium dan asid amino. Antara asid lemak yang terdapat di dalam minyak kelapa dara ialah Caproic Acid, Caprylic Acid, Capric Acid, Lauric Acid dan Myristic Acid. Pengambilan minyak kelapa dara ini tidak memberikan sebarang kesan toksikologi ataupun farmalogikal, bahkan asid lemak minyak kelapa dara ini menyerupai susu ibu yang kaya dengan sumber asid lemak ini serta lain-lain protein yang baik untuk kesihatan.

Khasiat, Kebaikan & Kelebihan Minyak Kelapa Dara EFA
1) Meningkatkan sistem imun tubuh badan dan mengeluarkan toksin.
Asid lemak yang terdiri daripada unsur antimicrobial boleh membantu membunuh virus, bakteria, fungi dan parasit. Ini telah ditemui pada tahun 1966 oleh Jon Kabara PhD, melalui kajian beliau, apabila asid lemak dihadam, ia akan dipecahkan kepada bentuk monoglycerida dan asid lemak bebas yang membentuk kepada pengaktifan unsur antimicrobial. Terdapat pelbagai jenis asid lemak yang penting di dalam EFA seperti Lauric Acid, Capric Acid dan Caprylic Acid. Unsur monoglyceride, monolaurin, monocaprylin dan monocaprin yang terkandung di dalam asid lemak inilah yang membantu kepada perlindungan sistem imun tubuh badan manusia. Asid lemak yang terkandung di dalam EFA ini bersifat sebagai anti bacteria dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan toksin di dalam badan. Dengan pengambilan asid lemak EFA, ia boleh meningkatkan kadar metabolisma serta sistem imun tubuh dan tubuh manusia menjadi kuat dan mampu menentang serangan bakteria yang menyebabkan pembentukan toksin. Dengan pengambilan asid lemak EFA, ia mampu bertindak sebagai anti oksidan yang menghalang radikal bebas. Pengambilan asid lemak EFA yang berterusan mampu meningkatkan tenaga kepada tahap yang paling maksimum. Melalui ujian kajian pakar penyelidik, asid lemak minyak kelapa dara telah diberikan kepada beberapa ekor kuda bagi meningkatkan tahap tenaga serta kecekapan kuda semasa berlumba dan keberkesanan dapat dilihat berbanding kuda yang lain. Ia juga digunakan oleh para atlet dalam memberi tenaga yang berpanjangan disamping penggunaan asid lemak minyak kelapa dara di dalam minuman-minuman bertenaga yang terdapat dipasaran. Asid lemak ini bertindak terus ke hati dan di hati ia diproses untuk ditukarkan kepada satu bentuk tenaga. Disamping itu juga ia membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma disebabkan asid lemak mudah diserap dan ditukar kepada tenaga.

2) Membantu memelihara kesihatan hati dan buah pinggang
Asid lemak EFA bukan sahaja membantu mengelakkan kita daripada penyakit hati dan buah pinggang tetapi ia juga digunakan sebagai penyembuhan dalam memelihara kesihatan hati dan buah pinggang. Manakala buah pinggang yang sihat akan terus menapis darah dan menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan melalui urin.

3) Membantu mencegah penyakit jantung
Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan kandungan kolestroil di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa adalah bebas kolestrol. Disebabkan asid lemak EFA membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol  LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.

4) Membantu mencegah serangan kanser
Asid lemak EFA digunakan sebagai senjata dalam menentang penyakit kanser. Kenyataan ini bukan sahaja dibuktikan melalui testimoni bahkan melalui kajian perubatan. Dengan pengambilan asid lemak EFA, ia mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan dengan adanya peningkatan sistem tubuh yang kuat, ia mampu menghalang dan membantutkan pembentukan sel-sel kanser. Dengan pembentukan sistem imun yang kuat, ia menjadi langkah awal dalam mencegah dan merawat bukan sahaja penyakit kanser bahkan penyakit-penyakit lain seperti tumor. Berdasarkan penyelidikan dengan pengambilan asid lemak ia bukan sahaja boleh mengecutkan sel tisu tumor tetapi ia juga menghalang pembentukan dan pembesaran tumor.

5) Memberi nutrisi kepada ibu mengandung, ibu dan bayi menyusu.
Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid lemak tersebut memberikan bayi yang disusukan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan bakteria. Paras kandungan antimikrobial asid lemak tersebut mungkin serendah 3-4%. Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat kahsiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

6) Membantu memberi keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan
Kandungan asid lemak yang terdiri daripada unsur antioksidan amat membantu dalam memberi kesan anjalan kulit dan melambatkan proses penuaan. EFA mampu membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda. Pada saat sel kulit mati, EFA dapat menghilangkan sel mati dipermukaan kulit dan membuatkan kulit lebih halus dan licin.

7) Menurunkan berat badan
Minyak kelapa dara EFA  juga mampu bertindak dalam menguruskan berat badan. Ini adalah disebabkan kandungan asid lemaknya yang tidak memasuki saluran darah seperti lelemak yang lain, tetapi ia akan dihantar terus ke hati dan diproses serta ditukarkan kepada bentuk tenaga seperti karbohidrat. Oleh yang demikian, asid lemak yang digunakan untuk membentuk tenaga ini akan menjurus kepada peningkatan kadar metabolisma badan dalam membakar kalori dan secara langsung ia akan membakar lemak badan dan membantu dalam penurunan berat badan.

Kelebihan Madu Lebah Dari Sudut Islam


Anda tentu sedia maklum ALLAH S.W.T telah memberi kelebihan kepada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya.

Madu ialah bahan cairan yang membersih (menyah toksik) , menyembuh, membanteras racun, menambah selera dan kecergasan. Madu membantu berperanan sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan memeliharanya.

Vitamin utama dan enzim dalam madu berperanan mencergaskan otak, menggilap dan memberi daya pengingat. Enzim membantu metabolisma (penukaran zat) makanan.Madu menambah dan mengembangkan ‘glycogen’ dalam hati, membersihkan hati dari racun dan kuman serta memberi tenaga kepada badan melawan kuman-kuman penyakit.

Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk penyakit dalam perut. Ia membersihkan perut, usus, saluran urat dan saluran lain untuk kesihatan. Zat asam manganese dan besi dalam madu membantu pencernaan dan memproses makanan serta menolong masalah sembelit, bengkak dan bernanah dalam perut dan usus dan masalah panas dalam perut.

Manakala zat asam Namlik merupakan zat utama dapat menahan sesuatu dari kebusukan dan kerosakan di samping dapat mematikan kuman dalam perut.

Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu.
Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,"Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma'idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.

Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:"Madu berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.

Manakala Dr Rihab 'Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitab-Nya al-Qur�an. Pengabadian ini dilakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah, (Al-Nahl). Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah ini mengenai lebah dan khasiat yang terdapat dalam madu lebah.


FIRMAN DAN HADIS

Firman ALLAH di dalam AL-QURAN. Surah AN-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:-

�Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. �Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu� (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir.�
DARI HADIS NABI S.A.W, RIWAYAT MUSLIM

Daripada Abu Said Al'Kudri r.a katanya, Seorang lelaki telah datang kepada RASULLULAH S.A.W lalu ia berkata. "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air". Sabda RASULLULAH S.A.W, "Minumlah madu kepadanya" Lalu diminumkan madu kepadanya.

Kemudian dia datang balik kepada RASULLULAH S.A.W, "Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah". RASULLULAH S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali.

Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W terus menyuruhnya supaya meminum madu. Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya RASULLULLAH, namun sakitnya bertambah juga. Sabda RASULLULLAH S.A.W, "ALLAH MAHA BESAR, perut saudaramu itulah yang dusta. Lalu diminumnya juga madu, maka sembuhlah saudaranya.

Hadis ini adalah berkaitan dengan khasiat madu lebah. Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan madu lebah, di antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mājjah.

Maksudnya: � Sesiapa yang meminum madu lebah pada waktu pagi, tiga kali setiap bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya.�

Jenis Madu dan Keistimewaan Lebah

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Lebah atau nama saintifiknya Apis Mellifera di antara makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang dikenali lantaran madu yang dihasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya dianggap sebagai binatang biasa, walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting.

Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.



Fakta Saintifik: Khasiat Madu Lebah

Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.

Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.

Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:

1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia)

2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)

3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)

4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)

5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)

6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).
Minumlah madu lebah!

Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam madu lebah yang telah terbukti dengan kajian para doktor dan pakar seluruh dunia sehingga ia digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat. Di antara khasiat lain bagi madu lebah ialah:

  1. digunakan sebagai ubat sakit perut
  2. menghilangkan ketagihan dadah
  3. menghilangkan kahak
  4. memutih dan menguatkan gigi
  5. menghilangkan kesan terbakar pada kulit
  6. menguatkan badan, bagi yang berumur
Perihal madu lebah bukan sahaja terdapat dalam Quran dan Hadis, tetapi juga terdapat di dalam Bible.

Kesimpulannya, Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia.

Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:

“Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”. (Surah Ali Imran: 191).

Perhatian:
  • Jangan disimpan dalam peti sejuk.
  • Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
  • Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
  • Jauhkan dari litar elektrik.
  • Jangan guna madu dengan unsur logam
  • Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

TONIK ASMA


AKAN BERADA DI PASARAN TIDAK LAMA LAGI!

Keajaiban Minyak Kelapa Dara

"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan didunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit
semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
Dr. John J. Kabara, Universiti Michigan, USA


"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan"
Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI.

Minyak Kelapa Dara adalah 100% Organik, diakui oleh Doktor diseluruh dunia tentang
kehebatannya, bersifat anti virus & anti bakteria, boleh merencatkan virus HIV, tiada kolestrol, tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah tinggi & kencing manis, tiada kesan sampingan, diakui diseluruh DUNIA sebagai makanan berfungsi pada abad ke 21
Fakta : Minyak Kelapa Dara telah mendapat pengakuan FDA di Amerika Syarikat dan dimasukkan di dalam daftar GRAS (Generally Regarded As Safe) dan disahkan selamat untuk dimakan.

Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser.

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Sifat antimikrob MCT pada minyak kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit.

MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria yang menggangu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan merencatkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah tindakbalas radikal bebas dan memberikan perlindungan.

SIFAT-SIFAT MINYAK KELAPA DARA :

Berwarna Jernih.
Diproses melalui kaedah bioteknologi.
Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses
pengekstrakan minyak.
Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan
bahan kimia.
Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik
yang agak tinggi.
Akan membeku pada suhu 24°C (cepat membeku).

Minyak Kelapa Dara merencatkan virus HIV.

Berbeza dengan anggapan masyarakat Barat selama ini bahawa minyak kelapa merupakan minyak yang mengandungi kolestrol dan menyebabkan gangguan jantung dan pembuluh darah, beberapa kajian terbaru menunjukkan, minyak kelapa dara mampu melindungi kesihatan. Kajian oleh Enig MG (tahun 2001) dan kumpulannya menunjukkan, 50 peratus asid lemak pada minyak kelapa dara adalah asid laurik dan tujuh peratus lagi adalah asid kapriat. Keduanya adalah Asid Lemak Tepu Rantaian Sederhana (MCFA) yang mudah dimetabolisma dan tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.

Dalam tubuh, asid laurik akan berubah menjadi sebati dengan monolaurin dan asid kapriat diubah menjadi monokaprin. Keduanya bersifat antivirus, antibakteria dan antiprotozoa dan kini dikembangkan untuk melawan HIV/AIDS.

Kehebatan Minyak Kelapa Dara

Dipetik dari : MINGGUAN MALAYSIA , Ahad 1 Ogos 2004, (Ruangan Kesihatan) ms. 28.

SUNGGUHPUN kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan selama hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa kajian tentang kesan sebenar kelapa telah dimulakan lebih 70 tahun dahulu.

Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.

Pada awal tahun 1960-an, Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan.  Dr. Ian merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.  Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik begitu sihat.  Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merubah senario industri kesihatan dunia.

Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan.
Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990-an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, minyak kelapa dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.

Perbezaan minyak kelapa dara dengan minyak kelapa biasa

Minyak kelapa dara diproses dengan tidak menggunakan sebarang haba atau bahan kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal minyak kelapa dara terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat antivirus dan antibakterianya.

Untuk memproses minyak kelapa biasa secara komersial dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan struktur dalaman minyak kelapa biasa terganggu dan berubah. Ini mungkin boleh memudaratkan. Antaranya, meningkatkan kolesterol dan menaikkan berat badan.  Oleh kerana minyak kelapa dara amat rumit untuk dihasilkan, ia hampir tidak wujud di dalam pasaran minyak makan.  Selain itu, kos pengeluarannya juga tinggi dan tidak mampu bersaing dengan pasaran minyak lain. Agak pelik,  apabila dinyatakan minyak kelapa secara umum berbahaya untuk kesihatan kerana pohon kelapa hebat dengan pelbagai fungsi - dari pangkal hingga ke hujung.

Malangnya apabila pihak luar mempunyai kepentingan global mengatakan minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan, kita mengikut telunjuk mereka.  Kita perlu mengetahui empat perkara penting yang menyebabkan minyak kelapa dara lenyap:

Minyak kelapa dara adalah suatu kejadian Allah yang semula jadi. Ia tidak boleh dipaten oleh mana-mana pihak untuk kepentingan perniagaan. Minyak kelapa dara tidak boleh dipaten. Ini menggugat industri kesihatan dan perubatan global yang menyebabkan syarikat farmasi antarabangsa khuatir jualan ubat-ubat moden boleh merosot seandainya manusia beralih kepada sesuatu yang semula jadi.

Faktor minyak kelapa dara tidak boleh dipaten hak penghasilannya adalah sesuatu yang amat merugikan kepada syarikat-syarikat besar itu.  Wujudnya kempen global Persatuan Minyak Soya Amerika pada awal 1970-an terus mematikan daya saing minyak tropika termasuk minyak kelapa. Kempen meluas yang mengatakan minyak kelapa membahayakan kesihatan menjadikan industri kelapa Malaysia terkubur.

Syarikat-syarikat besar farmasi dunia juga mengenakan cengkaman ke atas semua sekolah perubatan di dunia.  Mereka memberi sumbangan berbilion ringgit untuk menjalankan penyelidikan yang keputusannya disesuaikan menurut kepentingan perniagaan global mereka.  Oleh kerana banyak kajian perubatan dipengaruhi oleh syarikat farmasi antarabangsa, tidak ada seorang doktor yang akan mengatakan minyak kelapa dara berfungsi untuk kesihatan.

Kini industri kesihatan dunia bergantung kepada perubatan moden yang berasaskan kimia. Ia boleh membawa kesan jangka panjang kepada perubatan alternatif yang banyak berasaskan bahan semula jadi.

Dengan wujudnya kempen kesedaran tentang kesan jangka panjang perubatan moden Barat, minyak kelapa dara sudah pasti akan mendapat tempat di persada industri kesihatan global.  Oleh itu Malaysia perlu mengambil langkah proaktif untuk mempromosi minyak kelapa dara di samping minyak sawit yang sedia terkenal.

MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia.

Dipetik dari : majalah Mingguan Wanita.

Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelabagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:

1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
25. mengurangkan risiko dan kesan lelah
26. mengurangkan risiko dan kesan buasir
27. mengurangkan risiko dan kesan sembelit
28. mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
29. mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
30. mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
31. mengurangkan risiko dan kesan kanser
32. mengurangkan risiko dan kesan leukemia
33. mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
34. mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
35. mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
36. mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
37. mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
38. mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
39. mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
40. mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
41. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
42. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
43. mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate radang paru paru 
44. mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga

Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat berfungsi untuk kegunaan harian manusia. Tanpa kajian kajian yang dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil. 


Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di manifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya. Janganlah pula kita sebagai insan kerdil menidakkannya.

Minyak Kelapa Dara Bersifat Antibakteria, Antivirus dan Antiprotozoa Minyak Kelapa Dara memiliki sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan anti protozoa. Ini adalah kerana kandungan asid laurik yang tinggi. Manakala, minyak yang lain tidak memiliki sifat antimikrob sepertinya. Mereka yang mengalami serangan mikrob dan kulat dicadangkan supaya meminum minyak kelapa Dara 2-4 sudu makan sehari, diminum sebelum makan dan disapu dibahagian yang mengalami masaalah. Dengan meminumnya secara terus ia dapat mengekalkan sifat antimikrob didalam Minyak Kelapa Dara. 


Minyak yang berasal dari keluarga kelapa, mengandung antimikrob semulajadi, seperti asid laurik (lauric acid) yang hampir sama dengan khasiat air susu ibu (ASI). Manakala minyak sayur lain (minyak jagung, minyak kacang soya dan minyak biji bunga matahari) tidak memiliki sifat anti mikrob. Asid laurik pertama kali ditemui dalam minyak kelapa oleh Prof. Dr. John J Kabra, daripada Department of Chemistry and Pharmachology, Michigan State University, Amerika, tahun 1960an. Manfaat dari asid laurik antara lain ialah dapat membunuh berbagai jenis mikrob yang membran selnya asal asid lemak (lipid coated microorganism). Sifat asid laurik dapat melarutkan membran virus berupa lipid sehingga boleh mengganggu kekebalan virus. Keadaan ini akan menyebabkan virus menjadi lemah. Beberapa penyakit yang disebabkan oleh mikrob jenis ini seperti HIV, hepatitis C, herpes, influenza, cytomegalovirus, Strepcocous sp., Stapilococus sp., gram positive, gram negative, helicobacterpylory, dan candida. Sementara itu, asid kaprilat yang terdapat pada Minyak Kelapa Dara amat berpotensi untuk mematikan kulat (candida) penyebab keputihan.

Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Sifat antimikrob MCT pada Minyak Kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit.   MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria penggangu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan menghancurkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah kesan-kesan radikal bebas dan memberikan perlindungan.

Minyak Kelapa Dara Dan Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Minyak dan kolesterol merupakan istilah yang amat sinonim. Kita seringkali diberitahu tentang kemudaratan yang dibawa oleh minyak. Walau bagaimanapun tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang menakjubkan? Seperti yang kita ketahui minyak terdiri daripada asid lemak. Asid lemak pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Faktor utama yang membezakan kedua-dua lemak ini adalah ikatan kimianya. Asid lemak tepu menunjukkan ikatan kimia yang lebih stabil berbanding dengan asid lemak tak tepu, ini berdasarkan jumlah atom yang terikat padanya. Keadaan struktur kimianya yang stabil ini menyebabkan ianya sukar dioksidakan berbanding dengan asid lemak tak tepu. Pengoksidaan asid lemak meyebabkan penghasilan radikal bebas yang reaktif dan memudaratkan dalam badan.

Tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai komposisi asid lemak tepu yang tinggi, komponen inilah yang menjadikan sifatnya sangat istimewa. Empat dekad lalu kita sering disajikan dengan informasi salah oleh sesetengah ahli politik dan golongan profesional barat yang mempunyai kepentingan sendiri. Mereka berjaya mempengaruhi media dan seterusnya membuatkan kita beranggapan asid lemak tepu adalah mudarat untuk kesihatan. Hanya sedikit maklumat sahaja yang difokuskan kepada fakta bahawa asid lemak tepu bukan sahaja
terdiri famili tunggal, tetapi ianya terdiri daripada 3 subkumpulan; iaitu asid lemak berantaian pendek (C2-C6), sederhana (C8-C12) dan panjang (C14-C24). Pengkelasan ini dilakukan berdasarkan kepada jumlah atom karbon (C).

Adakah minyak kelapa dara meningkatkan paras kolesterol? Tidak, minyak kelapa dara yang diproses secara bioteknologi tidak meningkatkan kolesterol darah. Contohnya, sekumpulan penyelidik telah menyedari penduduk di Kepulauan Filiphina, iaitu Polynesians dan Bicolanos yang mengamalkan diet kelapa dalam kehidupan harian tidak mendapat penyakit jantung koronari dan mempunyai paras kolesterol yang rendah.

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik barat iaitu Kaunitz dan Dayrit (1992) ke atas populasi yang mengamalkan diet kelapa, mendapati minyak kelapa dara tidak meningkatkan kolesterol serum darah dan tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kolesterol darah adalah kadar metabolisma badan yang rendah. Minyak kelapa dara dapat meningkatkan metabolisma badan dan sekaligus dapat menurunkan paras kolesterol darah.

Pendekatan semulajadi boleh dilakukan untuk menangani masalah paras kolesterol yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kelapa dara atau nama saintifiknya Cocos nucifera dalam diet harian didapati mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, merendahkan deposisi lemak, meningkatkan metabolisma, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan penghasilan radikal bebas dalam sel, menurunkan paras kolesterol darah dan hati serta mempunyai sifat anti-oksidan terhadap sel.

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kardiovaskular adalah pembekuan darah. Platlet adalah protein yang terdapat pada darah berperanan dalam proses pembekuan darah. Semakin tinggi daya kelekitan platlet semakin tinggi risiko darah untuk membeku. Kajian terdahulu menunjukkan kebanyakan lemak contohnya minyak sapi, mentega, marjerin, dan minyak sayuran menyebabkan peningkatan kelekitan platlet. Salah satu lemak yang tidak menyebabkan kelekitan platlet adalah MCFA yang terdapat dalam minyak kelapa. Lemak ini
akan segera dibakar di dalam badan dan tidak menyebabkan deposisi pada saluran darah.

Di samping itu, gaya hidup masa kini yang lebih bertumpu kepada makanan segera dan diproses merupakan penyumbang terbesar kepada risiko penyakit kardiovaskular. Makanan yang diproses telah melalui proses hidrogenasi yang menyebabkan makanan segera kurang selamat untuk dimakan. Penghidrogenan yang menggunakan tekanan haba yang tinggi menyebabkan terhasilnya lemak trans iaitu lemak yang tidak baik.

Lemak trans adalah lemak tiruan yang terhasil daripada proses penghidrogenan dan sangat toksik. Ini kerana badan manusia tidak mempunyai mekanisma khas untuk memproses dan menyingkirkan lemak trans. 

(Bahagian 3)
Dr Willett dan rakan-rakan menyatakan lemak trans menyebabkan penyakit kardiovaskular. Kajian menunjukkan asid lemak trans menyumbang kepada aterosklerosis dan penyakit jantung. Sebagai contoh kajian ke atas haiwan mendapati, haiwan yang diberi diet yang mengandungi asid lemak trans mendapat aterosklerosis berbanding dengan haiwan yang diberi makan selain daripada lemak trans.

Minyak kelapa dara adalah anugerah Tuhan yang amat berharga dan memainkan peranan dalam menurunkan paras kolesterol darah. Oleh itu adalah mustahil anugerah semula jadi ini membawa kemudaratan kepada manusia.

Habbatus Sawda' Penyembuh Segala Penyakit



Habbatus Sauda atau juga dikenali sebagai jintan hitam (nigella sativa) adalah rempah-ratus yang digunakan sebagai ubat sejak ribuan tahun yang lalu. Rempah berbentuk butiran biji berwarna hitam ini telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan dan Timur Tengah untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ianya juga digunakan sebagai tanaman herba dan ubat semasa perkembangan awal Islam. Penulis memanggilnya “Raja Segala Herba” berdasarkan kepada keyakinan penulis kepada kerasulan Rasulullah s.a.w. dan hadis-hadis sahih mengenai Habbatus Sauda.

Habbatus Sauda juga dikenali sebagai black seed, nigella sativa, jintan hitam, black cumins dan lain-lain. Ia digunakan sebagai herba perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat dalam banyak penulisan lama seperti Ibnu Sina (980 – 1037 M), Al Biruni (973 – 1048 M), Al Antiki, Ibnu Qayyum dan Al Baghdadi.

Habbatus Sauda asalnya tumbuh liar di Negara sekitar Mediterranean, kemudian di tanam secara meluas di Afrika Utara terutama di Mesir, di Eropah, di Syria dan Asia Tengah seperti di Iran dan India. Jika iklim sesuai, ianya sangat senang ditanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan. Walaupun pohonnya kecil, namun ianya mempunyai manfaat yang sangat besar kepada manusia. Ia tumbuh dengan ketinggian sekitar paras betis sahaj dan berdaun halus. Batangnya berwarna hijau, bulat dan berbulu. Walaubagaimanapun bukan semua jenis spesis boleh digunakan untuk perubatan. Salah satu daripada keistimewaan Habbatus Sauda adalah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ianya memerlukan air yang sedikit sahaja untuk tumbuh. Namun, dari tanah yang kering inilah Allah SWT menumbuhkan Raja Segala Herba ini yang sangat besar khasiatnya kepada manusia. Ia tumbuh baik di tanah yang berpasir atau sederhana kerasnya dan mesti terdedah kepada matahari sepanjang masa.

Pakar perubatan masa kini telah banyak yang mengakui kehebatan khasiat Habbatus Sauda. Dr. Stanley Kopok (USA) berkata: ”Habbatus Sauda mempunyai bahan  sangat penting untuk mencegah tumor dan dalam jangka waktu lama memperkuat sistem immunisasi badan”. Sementara Dr. Tajul Aris Yang (Malaysia) mengatakan bahwa Omega yang terkandung dalam Habbatus Sauda adalah lebih 10 kali ganda dari pada DHA dan EPA. Habbatus Sauda’ mengandung kandungan nutrisi dalam menjaga sistem immunisasi badan. Ujian klinikal telah membuktikan bahwa Habbatus Sauda’ dapat meningkatkan kesihatan. Bahan aktif yang terdapat dalam Habbatus Sauda ialah thymoquinone. BERNAMA pernah melaporkan bahawa satu kajian telah dijalankan di UPM (Universiti Putra Malaysia) terhadap bahan “thymoquinone” yang diekstrak dari Habbatus Sauda yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, barah, penyakit Alzheimer dan melambatkan proses penuaan.

Habbatus Sauda juga kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, fatty acid tidak tepu (unsaturated essential fatty acids – EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia, oleh itu sumber utamanya adalah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein, Karotene iaitu  sumber vitamin A, Kalsium dan zat besi. Habbatus Sauda juga digunakan secara tradisional untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk, asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolestrol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina (980 – 1037 M), tokoh ilmuwan dari Timur Tengah dalam bidang perubatan yang namanya tercatat dalam kebanyakan buku sejarah perubatan Timur mahupun Barat, telah membuat kajian mengenai pelbagai khasiat Habbatus Sauda untuk kesihatan dan perubatan. Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga telah menulis mengenai khasiat Habbatus Sauda untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan. Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan keletihan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batu, bronchitis, masalah perut, cacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Ibnu Qayyim dilaporkan telah menyenaraikan 50 penyakit-penyakit yang boleh dirawat oleh Habbatus Sauda. Dr. Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya ketahanan badan (immune system).

Dalam sebuah buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda” oleh Dr Hassan Syamsi Baasya, beliau menjelaskan khasiat-khasiat Habbatus Sauda berdasarkan kepada kajian-kajian yang dibuat. Antaranya adalah membantu mengeluarkan asid urik dari dalam badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout. Bahan “Nigellion” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran bernafas dan serangan Asma dan memberi manfaat dalam rawatan serangan ke atas pembuluh udara (bronchitis). “Nigellion” juga mengurangkan pengeluaran “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic), menyembuhkan selsema, merendahkan tekanan darah dan banyak lagi. Ia juga dipercayai dapat mencegah jangkitan selsema babi atau influenza A (H1N1). 

Akhbar Al-Khaleej melaporkan, penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50% di beberapa Negara Asia dan Arab Saudi dan Mesir. Khasiat penawar dalam Habatus Sauda telah disebut dalam banyak hadis sahih. Berdasarkan maksud-maksud hadis-hadis sahih, para alim ulama telah memasukkan Habbatus Sauda ke dalam senarai Perubatan Kenabian.

Hadis Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa beliau pernah mendengar Nabi bersabda, “Sungguh dalam Habbatus Sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam, “Saya bertanya apakah itu Al-Sam? Baginda menjawab, “Mati” (Sahih Bukhari 5687). Daripada Abu Huraira r.a., Nabi Muhammad (SAW) bersabda: “Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali As-Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: “Apakah As-Saam itu?” Jawab Baginda (SAW) “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)
Perubatan Kenabian mempunyai dalil-dalil samawi dan naqli. Ia bukannya berasaskan kajian sains, namun ianya telah dapat dibuktikan secara saintifik bahawa kaedah perubatan kenabian ini lebih efektif dan berkesan dari kaedah yang sedia ada dalam setiap zaman.
Di dalam sebuah buku penelitian yang lain yang berjudul 'Islam dan Masalah-Masalah Abad Dua Puluh' yang ditulis oleh Abdul bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w. telah pun menyebutkan 400 hadis tentang perubatan.
Di dalam kamus al-Mu'jam al-Wasit disebutkan, sebahagian daripada nama-nama al-Habbah as-Sawda ialah al-Mubarakah dan as-Syuniz. Sejenis rumput, berwarna hitam dan bermusim tahunan, dan ia termasuk dalam jenis Nigelle dan Ranunculus. Al-Habbah as-Sawda' tumbuh di Mesir dan negara-negara sekitar Laut Tengah dan India. Ia juga dikenali dengan nama 'Bijiran Hitam'. Daun-daunnya kecil-kecil serta halus, bunganya berwarna biru, buahnya berbungkus, dan di dalamnya terdapat biji kecil berwarna hitam yang boleh dipergunakan sebagai ubat.
Dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w, sejak 1400 tahun lagi sudah menyatakan berkenaan dengan perubatan, khususnya mengenai al-Habbah as-Sawda. Antara hadis Baginda bermaksud : "Sesungguhnya, al-habbah al-Sawda' boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali as-Sam. "Aku bertanya : " Apakah as-Sam itu ?" Baginda menjawab : As-Sam ialah maut!" (Hadis riwayat Bukhari)
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda seperti berikut : Maksudnya : "Tetaplah dengan Habbah as-Sawda ini sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati". (Hadir riwayat Tarmizi)
Mengikut penemuan yang mutakhir, bahawa bijiran hitam dapat mengaktifkan sistem daya tahan tubuh dimana ianya dapat menambahkan kekuatan badan untuk melawan sebab-sebab datangnya penyakit dan sekaligus menghapuskannya, dan dengan mengambil minyak bijinya secara berterusan akan memelihara kita daripada penyakit.
Doktor Abu Ali Al-Husain bin Abdullah bin Sina atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Sina di dalam bukunya al-Qanun fi Al-Tibb berkata : "Sifat-sifat as-Sawda ialah pedas rasanya, kering, panas, boleh membuang kelenjar angin daripada tubuh, selain boleh membersihkan perut, mengubati jerawat, panau dan menyembuhkan bengkak-bengkak."
Banyak penyelidikan dan pengkajian telah dilakukan terhadap al-Habbah as-Sawda oleh berbagai universiti. Sebagai hasilnya mereka mendapati bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati penyakit sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Dr.al-Dakhokhini dan Dr.Mahfuzh, keduanya pensyarah Kuliah Perubatan di Universiti Iskandariyah, Mesir telah membuat kajian selama lima tahun dan mendapati ia sangat berkesan untuk mengubati penyakit lelah.
Antara penyakit yang boleh sembuh dengan mengambil minyak al-Habbah al-Sawda :
  • Mencergaskan ingatan dan cepat faham.
  • Sakit Lumpuh.
  • Menghancurkan batu karang.
  • Mengubati ampus dan sesak nafas.
  • Mengubat batuk dan asma.
  • Mengubat sendi dan lelah.
  • Mengubat penyakit kencing manis.
  • Mengubat penyakit buah pinggang dan pundi-pundi kencing.
  • Muntah dan mual.
  • Mengubat radang hati dan sempit urat darah.
  • Mengubat sakit kepala.
Jadi bagi orang yang mahu sentiasa sihat, hendaklah dia menjadikan minyak al-Habbah as-Sawda sebahagian daripada hidangan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam dengan cara mengambil sedikit minyak al-Habbah as-Sawda dengan sedikit madu, atau rebusan air daun pudina, atau dengan jus limau (orange juice) atau dengan segelas teh.
Mudah-mudahan dengan amalan yang berterusan itu badan akan sihat untuk meneruskan tugas harian dan beribadah kepada Allah s.w.t.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India